Al-Imran, dari Ayat 181~190
181. Sesungguhnya Allah
mendengar perkataan orang-orang yang berkata; “Allah miskin dan kami kaya”. Kami akan tulis apa yang mereka telah
katakan, dan juga pembunuhan mereka akan nabi-nabi dengan tidak patut, dan kami
akan berkata; “rasalah seksa bakaran”.
182. Yang demikian itu
lantaran dosa-dosa yang telah dilakukan oleh diri-diri kamu, kerana
sesungguhnya Allah itu tidak menganyanyai hamba-hamba nya”.
183. Orang-orang yang
berkata; “sesungguhnya Allah telah pesan kepada kami, bahawa tidak boleh kami
beriman kepada seorang Rasul kecuali kalau ia bawakan kepada kami satu korban
yang dimakan api”. Katakan;
“sesungguhnya telah datang beberapa Rasul dahullu daripada ku dengan beberapa
keterangan dan dengan korban yang kamu katakan itu, tetapi mengapakah kamu
bunuh mereka, jika memang kamu itu orang-orang yang benar ?”.
184. Lantaran itu, jika
mereka dustakan mu, maka telah didustakan beberapa Rasul dahulu daripada mu,
pada hal mereka telah membawa keterangan-keterangan dan beberapa macam kitab
yang menerangi.
185. Tiap-tiap yang berjiwa akan
merasai mati, dan tidak akan disempurnakan balasan kamu melainkan pada hari
kiamat. Lantaran itu, barang siapa dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke
syurga, maka selamatlah ia, kerana penghidupan yang rendah ini tidak lain
melainkan benda menipu.
186. Sesungguhnya kamu akan
dikenakan percubaan diharta-harta kamu dan di diri-diri kamu, dan sesungguhnya
kamu akan mendengar pencelaan yang banyak dari orang-orang yang diberi kitab
dahulu daripada kamu dan dari orang-orang yang menyekutukan Allah, tetapi jika
kamu sabar dan kamu berbakti, maka sesungguhnya yang demikian itu sebaik-baik
perkara.
187. Dan ingatlah
tetakala Allah mengambil perjanjian
mereka yang diberi kitab iaitu sesungguhnya hendaklah kamu terangkan kitab itu
kepada manusia dan jangan lah kamu sembunyikan dia. Tetapi mereka buang perjanjian
itu kebelakang mereka dan mereka tukarkan dia dengan harga yang sedikit, maka
alangkah jahat barang yang mereka tukar !.
188. Jangan lah
sekali-sekali engkau menyangka orang-orang yang sangat suka dengan apa yang
mereka telah lakukan dan suka dipuji atas sesuatu yang mereka tidak kerjakan
itu – jangan lah sekali-sekali engkau sangka mereka – akan terlepas daripada
seksaan, tetapi adalah bagi mereka azab
yang pedih.
189. Bagi Allah lah kerajaan
langit-langit dan bumi, dan Allah amat berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.
190. Sesungguhnya tentang
kejadian langit-langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu, ada
beberapa tanda-tanda bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
Sumber dari;
[] https://sites.google.com/site/siti306/3/1
Following Twitter, [] https://sites.google.com/site/siti306/3/1
[] https://twitter.com/TmnKelisaRia2/status/658993475405217792
No comments:
Post a Comment